Thursday, December 21, 2006

Sausage Roll Bun

Bahan A
500 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 paket ibu roti
1 s/k pelembut roti (pilihan)
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan B
250 ml air
80 gm majerin

Bahan C
sosej
bijan
kuning telur
majerin

Cara Membuatnya
  1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
  2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
  4. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
  5. Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam keropok lekor) dan lilitkan disekeliling sosej
  6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
  7. Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.
  8. Bakar dalam suhu 200°C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
  9. Keluarkan dan sapukan majerin untuk kelihatan berkilat dan menarik.
  10. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak.




Wednesday, December 20, 2006

Hawaiian Pizza (Pizza Ala Hawaii)


Pizza merupakan masakan yang tidak asing lagi di Malaysia. Malah cawangan Pizza Hut, Domino dan Shakey's banyak terdapat diseluruh negara. Untuk yang tidak pernah membuatnya, ia nampak seperti susah untuk disediakan. Tetapi sebenarnya tidak. Malah ada ramuan yang boleh kita dapati secara segera.

Bahan A (Roti Pizza)
500g Tepung Gandum
11g Yis Segera Mauripan
1 1/3 Cawan Air
2 s/k Garam
2 s/k Gula

Bahan B (Isi Pizza)
60ml Minyak masak
60g Tomato puree
atau
1 botol tomato campuran segera untuk pasta (Pregio, Dolmio)

700g Buah tomato dipotong kiub
700g Hirisan cendawan butang
100g Hirisan bawang kecil
400g Lada Benggala / Cili pomento dipotong kiub
1 tin Nenas bersira dipotong kiub
Keju Mozzarella Berparut
200g Sardin/Isi ayam / hirisan sosej



Cara Membuatnya
  1. Panaskan oven terlebih dahulu ke suhu 200 - 230 °C (400 - 450 °F).
  2. Gaulkan tepung bersama yis,larutkan garam dan gula di dalam air. Gaulkan kesemua bahan A di dalam mangkuk adunan.
  3. Uli adunan sehingga licin dan tidak melekat. Tutup adunan tersebut dan biarkan ia mengembang dua kali ganda saiznya.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Canaikan adunan supaya ia boleh dimuatkan ke dalam 4 acuan pembakar bulat bergris.
  5. Sapukan permukaan adunan dengan minyak masak dan tomato puree atau sapukan tomato campuran. Lapisi dengan tomato, bawang, lada benggala, nenas garam dan lada.
  6. Taburkan hirisan sosej/isi ayam/sardin dan kemudian dilapisi dengan keju Mozzarella berparut
  7. Peram pizza selama 25-30 minit
  8. Bakar selama kira-kira 30 minit.

Ingredient A (Pizza Dough)
500 gm Plain Flour
11 gm Instant Yeast
300 gm Water
2 tsp Salt
2 tsp Sugar

Note: Water, dosage depends on flour quality

Ingredient B (Pizza Topping)
4 tbsp Cooking Oil
60 gm Tomato Paste
700 gm Fresh Sliced Tomatoes
100 gm Sliced Small Onions
400 gm Chopped Green Peppers
500 gm Grated Mozzarella Cheese
2 tsp Salt
2 tsp Pepper
2 tbsp Fresh Chopped Garlic
300 gm Pineapple Cube
Sausage

Method
  1. Pre-heat oven to 200°C - 230°C (400°F – 450°F)
  2. Add flour and instant yeast together, dissolve the salt and sugar in the water. Mix all the ingredients in the mixing bowl.
  3. Knead dough until smooth and no longer sticky. Cover the dough and leave it until double in size.
  4. Divide dough equally into four. Roll dough out to fit four greased round baking pans
  5. Brush the surface of the dough with the cooking oil and the tomato paste. Cover with sliced tomatoes, onions, garlic, chopped green peppers and pineapple cube. Then sprinkle with salt and pepper.
  6. Form a pattern with sausages. Top with grated mozzarella cheese.
  7. Allow the pizza to prove for 25-30 minutes
  8. Bake for approximately 30 minutes.

Muffin Coklat Kukus


Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanila

Cara Membuatnya
  1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
  2. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate
  3. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
  4. Masukkan bahan B dan gaulkan rata supaya sebati.
  5. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yang sederhana.
  6. Angkat dan hidangkan.

Thursday, December 07, 2006

Kek Coklat Kukus


Bahan A

220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan

300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

Monday, November 06, 2006

Sup Cendawan


Bahan A
1/2 ulas bawang besar didadu
3 ulas bawang putih dimayang
1 cawan/mangkuk cendawan butang putih (dihiris)
1/2 biji ubi kentang didadu
1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran @ kiub stok ayam + 4 cawan air
1/3 cream / susu sejat

Bahan B
1 s/k tepung jagung
garam secukup rasa

Cara Membuatnya
  1. Masukkan air rebusan ayam/sayuran kedalam periuk dan panaskan dengan api yang perlahan
  2. Masukkan bahan A dan panaskan sehingga mendidih
  3. Taburkan bahan B mengikut citarasa.

Tuesday, October 24, 2006

Kek Kukus Buah - Buahan (Steamed Fruit Cake)

Kek kukus buah - buahan ini menggunakan tepung biskut marie sebagai pengganti tepung gandum. Hasilnya seakan-akan kek buah - buahan yang diperbuat dari tepung gandum cuma tekstur kek dari tepung biskut marie ini agak padat.

Bahan
  • 350 gm tepung biskut marie
  • 1 tin susu pekat
  • 125 gm gula halus
  • 10 biji telur
  • 400 gm mentega
  • ½ tin kelapa kering (parut)
  • 1 kotak buah-buahan campuran
  • 1 camca the esen vanilla
Cara Membuatnya


  • Pukul telur dan gula hingga kembang
  • Pukul mentega, esen vanilla dan susu sehingga cair
  • Masukkan tepung biskut marie, kelapa kering dan buah-buahan campuran (sedikit-sedikit) dan adun sebati
  • Sediakan acuan (yang disapu dengan mentega)
  • Tuang adunan dan kukus hingga masak.
Nota

Setelah kek dipotong apa yang Farah perasan taburan buah-buahan yang dimasukkan tidak sekata. Kebanyakkan buah-buahannya jatuh ke dasar acuan. Mungkin ada petua untuk mendapatkan taburan buahan yang lebih sekata?

Steamed Layer Cake (Kek Lapis Lengit Kukus)


Selamat datang ke Farah's Kitchen. Ini merupakan entry blogku yang pertama. Blog ini diadakan bagi mencatat segala resepi masakan yang dimasak sendiri terus dari dapurku (bukan dibeli dari kedai) . Mungkin ada kawan-kawanku yang ingin mencuba resepi-respi ini maka blog ini bolehlah dijadikan sumber rujukan bersama.

Menjelang Syawal Al Mubarak ini, hidangan kek lapis pasti menjadi pilihanku sekeluarga kerana rasanya yang lazat disamping boleh disimpan lama. Cara menyediakannya pula tidaklah susah tetapi memerlukan kesabaran kerana kek ini perlu dimasak secara berperingkat mengikut jumlah lapisan kek yang inin dibuat.

Terdapat 2 cara untuk menyediakan kek lapis, secara kukus (pengukus) atau secara bakar (ketuhar). Perbezaan cara memasak ini menghasilkan tekstur kek yang berbeza-beza. Kek lapis yang dikukus biasanya mempunyai ronga-ronga yang terbentuk dari proses mengukus dan lapisannya agak tebal sedikit berbanding dengan kek yang dibakar menggunakan ketuhar.

Terdapat 4 kategori bahan yang diperlukan:

Bahan A (dipukul sehingga kembang)
  • 12 biji telur
  • 5 biji kuning telur
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1 sudu kecil vanillin
  • 500 gm gula castor
  • 1 sudu kecil pewarna-egg yellow.
Bahan B (di ayak)
  • 285 gm tepung gandum/ tepung pau
  • 60 gm susu tepung / coffeemate
  • 1 ½ sudu kecil soda bikarbonat
Bahan C (dipukul hingga kembang sedikit)
  • 375 gm butter
  • 3 sudu besar susu pekat

Bahan D
  • 20 gm serbuk koko
  • ½ sudu kecil rempah (all spices)

Cara Membuatnya


  • Bahan A dipukul hingga kembang.
  • Masukkan Bahan B yang telah diayak.
  • Kemudian masukkan Bahan C yang telah dipukul kembang sedikit sahaja.
  • Gunakan acuan 8 “ x 8” x 3.
  • Kukus selapis demi selapis dan taburkan Bahan D pada setiap lapisan.

Nota: Pastikan alat pengukus dipanaskan terlebih dahulu.

Selamat mencuba :D

Ingredient A
12 eggs
5 egg yolks
1 tbsp ovellete
1 tsp vanillin
500 gm castor sugar
1 tsp egg yellow colouring

Ingredient B
285 gm flour
60 gm milk powder / coffemate
1 1/2 tsp bicarbonate soda

Ingredient C
375 gm butter
3 tbsp condensed milk

Ingredient D
20 gm cocoa powder
1/2 tsp all spices


Method

  1. Mix all ingredient A and beat until fluffy
  2. Add in ingredient B into the mixture
  3. Batter ingredient C separately until a little fluffy (not too fluffy) and after that add into the main mixture
  4. Use the 8" x 8" x 3" box shape cake pan.
  5. Steam layer by layer and for each layer sprinkle mixture D. (patient is needed here, if rushed some layer may not cooked well).
  6. If successful the mixture above should be enough to fill up the whole pan.

Note: Make sure to preheat the steamer first. For 14 layers expect to spend 2 hours to finish the whole process.