Tuesday, October 24, 2006

Kek Kukus Buah - Buahan (Steamed Fruit Cake)

Kek kukus buah - buahan ini menggunakan tepung biskut marie sebagai pengganti tepung gandum. Hasilnya seakan-akan kek buah - buahan yang diperbuat dari tepung gandum cuma tekstur kek dari tepung biskut marie ini agak padat.

Bahan
  • 350 gm tepung biskut marie
  • 1 tin susu pekat
  • 125 gm gula halus
  • 10 biji telur
  • 400 gm mentega
  • ½ tin kelapa kering (parut)
  • 1 kotak buah-buahan campuran
  • 1 camca the esen vanilla
Cara Membuatnya


  • Pukul telur dan gula hingga kembang
  • Pukul mentega, esen vanilla dan susu sehingga cair
  • Masukkan tepung biskut marie, kelapa kering dan buah-buahan campuran (sedikit-sedikit) dan adun sebati
  • Sediakan acuan (yang disapu dengan mentega)
  • Tuang adunan dan kukus hingga masak.
Nota

Setelah kek dipotong apa yang Farah perasan taburan buah-buahan yang dimasukkan tidak sekata. Kebanyakkan buah-buahannya jatuh ke dasar acuan. Mungkin ada petua untuk mendapatkan taburan buahan yang lebih sekata?

Steamed Layer Cake (Kek Lapis Lengit Kukus)


Selamat datang ke Farah's Kitchen. Ini merupakan entry blogku yang pertama. Blog ini diadakan bagi mencatat segala resepi masakan yang dimasak sendiri terus dari dapurku (bukan dibeli dari kedai) . Mungkin ada kawan-kawanku yang ingin mencuba resepi-respi ini maka blog ini bolehlah dijadikan sumber rujukan bersama.

Menjelang Syawal Al Mubarak ini, hidangan kek lapis pasti menjadi pilihanku sekeluarga kerana rasanya yang lazat disamping boleh disimpan lama. Cara menyediakannya pula tidaklah susah tetapi memerlukan kesabaran kerana kek ini perlu dimasak secara berperingkat mengikut jumlah lapisan kek yang inin dibuat.

Terdapat 2 cara untuk menyediakan kek lapis, secara kukus (pengukus) atau secara bakar (ketuhar). Perbezaan cara memasak ini menghasilkan tekstur kek yang berbeza-beza. Kek lapis yang dikukus biasanya mempunyai ronga-ronga yang terbentuk dari proses mengukus dan lapisannya agak tebal sedikit berbanding dengan kek yang dibakar menggunakan ketuhar.

Terdapat 4 kategori bahan yang diperlukan:

Bahan A (dipukul sehingga kembang)
  • 12 biji telur
  • 5 biji kuning telur
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1 sudu kecil vanillin
  • 500 gm gula castor
  • 1 sudu kecil pewarna-egg yellow.
Bahan B (di ayak)
  • 285 gm tepung gandum/ tepung pau
  • 60 gm susu tepung / coffeemate
  • 1 ½ sudu kecil soda bikarbonat
Bahan C (dipukul hingga kembang sedikit)
  • 375 gm butter
  • 3 sudu besar susu pekat

Bahan D
  • 20 gm serbuk koko
  • ½ sudu kecil rempah (all spices)

Cara Membuatnya


  • Bahan A dipukul hingga kembang.
  • Masukkan Bahan B yang telah diayak.
  • Kemudian masukkan Bahan C yang telah dipukul kembang sedikit sahaja.
  • Gunakan acuan 8 “ x 8” x 3.
  • Kukus selapis demi selapis dan taburkan Bahan D pada setiap lapisan.

Nota: Pastikan alat pengukus dipanaskan terlebih dahulu.

Selamat mencuba :D

Ingredient A
12 eggs
5 egg yolks
1 tbsp ovellete
1 tsp vanillin
500 gm castor sugar
1 tsp egg yellow colouring

Ingredient B
285 gm flour
60 gm milk powder / coffemate
1 1/2 tsp bicarbonate soda

Ingredient C
375 gm butter
3 tbsp condensed milk

Ingredient D
20 gm cocoa powder
1/2 tsp all spices


Method

  1. Mix all ingredient A and beat until fluffy
  2. Add in ingredient B into the mixture
  3. Batter ingredient C separately until a little fluffy (not too fluffy) and after that add into the main mixture
  4. Use the 8" x 8" x 3" box shape cake pan.
  5. Steam layer by layer and for each layer sprinkle mixture D. (patient is needed here, if rushed some layer may not cooked well).
  6. If successful the mixture above should be enough to fill up the whole pan.

Note: Make sure to preheat the steamer first. For 14 layers expect to spend 2 hours to finish the whole process.